Kebajikan

Sekretariat Kebajikan merupakan salah satu daripada sekretariat di bawah naungan Persatuan Bahasa Melayu Universiti Kebangsaan Singapura. Ia ditubuhkan dengan tujuan membantu golongan yang lebih memerlukan, sama ada di Singapura atau pun di luar negara

Pada tahun akademik 2009/2010 Sekretariat Kebajikan akan mengadakan satu Youth Expedition Project (YEP) ke Sumatera Selatan, Indonesia. Projek ini adalah satu kerjasama antara Sekretariat Kebajikan dan juga Mercy Relief. Matlamat projek ini adalah untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran para murid yang lebih memerlukan di  Indonesia.

Ada banyak lagi kegiatan dan acara-acara anjuran dan usulan sekretariat PBMUKS seperti Iftar Ukhuwah & Sesi Jalan Raya, untuk para mahasiswa-mahasiswi NUS, yang bersifat memelihara kebajikan mereka.

Sekretariat Kebajikan berharap kegiatan-kegiatan yang dirancangkan akan sedikit-sebanyak menyumbang kepada masyarakat yang lebih memerlukan.

Yang benar,

Siti Khadijah Bte Setyo
Nadia Farhanah