Sekretariat Seni merupakan satu di antara empat sekreteriat di bawah naungan Persatuan Bahasa Melayu Universiti Kebangsaan Singapura (PBMUKS). Ia ditubuhkan untuk memberi ruang kepada para mahasiswa Melayu NUS untuk berkecimpung dalam bidang seni. Selain itu, sekretariat kami juga bertujuan mengangkat seni pementasan sebagai sebahagian dari tradisi dan budaya Melayu, dahulu dan sekarang, mahupun pada masa depan.
Antara aktiviti-aktiviti yang dianjurkan sekretariat seni adalah Pentas Budaya, yakni sebuah pementasan teater tahunan yang dijayakan oleh para mahasiswa sendiri. Di sini, para mahasiswa diberi ruang untuk mempamerkan bakat-bakat mereka di depan mahupun di belakang pentas sebagai pelakon, pengarah, penerbit dan sebagainya.
Pada tahun ini, sekretariat seni juga menganjurkan sebuah aktiviti baru iaitu DR1101E: Introduction to Drama. Ianya merupakan sebuah bengkel drama dan teater yang dibuka kepada sesiapa yang berminat. Kami mengadakan bengkel ini dengan harapan agar dapat memberi para mahasiswa peluang untuk mendekati seni lakonan dan teater. Bengkel ini juga selari dengan salah satu misi kami untuk mendekati masyarakat menerusi wadah seni.
Sememangnya, menerusi aktiviti-aktiviti yang dianjurkan, kami berharap agar dapat mendekatkan lagi generasi muda, khususnya para mahasiswa NUS, dengan arena seni Melayu agar ianya tidak akan luput ditinggal zaman.
Misi: Untuk memberi ruang bagi peminat dan penggiat seni teater berkecimpung dalam bidang pementasan dan menggunakan peluang ini sebagai batu loncatan untuk mendekati masyarakat dengan seni.
Visi: Untuk mengangkat seni pementasan sebagai sebahagian dari tradisi dan budaya Melayu, dahulu dan sekarang, mahupun pada masa depan.
Pentas sentiasa terbuka,
Diana Amran
Nafisah Anwar





