Persuratan

Sebagai salah satu sekretariat di bawah naungan PBMUKS, sekretariat Persuratan tidak putus menganjurkan pertandingan untuk pelajar-pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah. Ia merupakan wahana dimana sekretariat Persuratan PBMUKS sediakan untuk pelajar untuk memperkasakan serta menggalakkan penggunaan Bahasa Melayu dengan lebih meluas lagi. Seperti yang boleh ditukil “Bahasa Jiwa Bangsa”; ia adalah mustahak bagi golongan pelapis untuk senantiasa memelihara Bahasa Melayu kerana ia satu-satunya aset yang boleh kita pegang sebagai orang Melayu.

Pertandingan-pertandingan yang dianjurkan:

Pertandingan Pesta Pantun

Ia merupakan pertandingan yang dibuka khas untuk pelajar peringkat pos-menengah (politeknik dan Institut Pendidikan Teknikal [ITE]) dan pra-universiti (maktab rendah dan madrasah) dimana peserta dicabar untuk menggunakan pantun untuk menjawab soalan-soalan yang diajukan. Ia dianjurkan bagi memgembalikan keindahan berbalas pantun disamping memupuk minat berpantun dikalangan pelajar-pelajar. Ini bukan sahaja dapat melestarikan adat ulung Melayu ini, ia juga wadah dimana cara berpantun moden dapat diperkenalkan agar ia dapat terus kekal dewasa ini.

Pertandingan Cakap Petah

Satu-satunya pertandingan khas untuk pelajar darjah 5 dan 6 di sekolah rendah. Seperti nama pertandingan ini, pelajar-pelajar cilik ini akan mengadu bakat mereka ber “cakap petah” di khalayak ramai. Ia bukan sahaja memupuk penggunaan bahasa melayu yang baik, malah ia juga membina keyakinan diri untuk adik-adik kita ini. Sebuah bengkel akan diadakan sebelum pertandingan bermula yang akan mengajar mereka bagaimana untuk mencernakan idea dan berhujah dengan betul dan berkesan.