Nuramalina Abdul Ghani

Nuramalina Abdul Ghani
Ketua Sekretariat Persuratan
+65 91905035

2 Sept 1988
Orang Tampines

Di antara perkara yang paling saya minati adalah membaca dan mengkaji dengan lebih mendalam lagi mengenai sejarah melayu dan juga sejarah hasil kesusasteraan warisan orang-orang Melayu terutamanya mitos dan lagenda yang menjadi antara yang paling menarik untuk dibaca. Selain dari itu, saya suka membaca buku-buku fakta yang bergaya satira. Saya juga gemar berkunjung ke perpustakaan pada masa lapang saya bukan sahaja untuk mendapatkan buku-buka kajian tetapi juga pelbagai macam topik dari bidang yang lain.

Saya berharap secretariat ini akan menjadi lebih kukuh dan padu dengan kerjasama pelbagai pihak. Saya juga berharap  aktiviti-aktiviti yang diselenggarakan dapat diberikan imej dan nafas baru supaya dapat kekal relevan dalam masyarakat kita.

Saya amat bersyukur kerana diberi peluang untuk duduk dalam jawatankuasa PBMUKS yang telah pun bertapak selama lebih 40 tahun. Ia mungkin telah melalui beberapa zaman kegemilangan dan tidak lupa juga, beberapa ahli jawatankuasa yang telah menjadi tokoh-tokoh masyarakat. Saya telah mengambilnya sebagai sesuatu rezeki yang telah dikurniakan Tuhan kepada saya. Seperti kekata inggeris, with great power comes great responsibility Pada saya, tanggungjawab tidak kira besar atau kecil harus dilaksanakan dengan sempurna, Insyaallah.