Muhamad Omar Sharif
Naib Presiden
+65 98489085
21 Mei 1986
Orang Yishun
Muhamad Omar Sharif, 20 tahun, adalah seorang mahasiswa yang membuat pengkhususan dalam Sains Politik dan Pengajian Teater. Dalam tahun pertamanya, Omar memimpin dalam persatuan sebagai Ketua Sekretariat Persuratan. Sungguhpun dia tidak peka dalam bidang Bahasa Melayu, dia memanfaatkan kemahirannya dalam bidang pengurusan dan penganjuran, yang dibentuk dan diraih dari pengalaman bertahun-tahun bekerja dengan pelbagai badan-badan Melayu/Islam.
Sebagai Naib Presiden dan Pegawai Logistik/IT, Omar terus menyelenggarakan peranan dan tanggungjawabnya dengan menitikberatkan keberkesanan. Dia cuba untuk membantu, mendidik dan memberi bimbingan kepada mereka dibawahnya dalam menganjurkan aktiviti serta pelbagai acara, dengan baik dan lancar. Sementara Farah Nadia merupakan peneraju persatuan yang membentuk dan membawa persatuan ke arah tuju kami, peranan Omar adalah untuk menyokongnya dan membantu Presiden dan Jawatankuasa dalam merealisasikan impian mereka untuk PBMUKS.
Tetapi Omar juga mempunyai impian tersendiri; iaitu bahawa para mahasiswa dan mahasiswi memainkan peranan khas dalam masyarakat. Mereka akan menjadi generasi pelapis pada para pemimpin masyarakat dan mereka perlu dibimbing dan diolah. PBMUKS akan mengadakan bimbingan dan peluang bagi para pemimpin muda ini. Begitulah visi peribadi Omar untuk PBMUKS.
Omar benci kepada orang-orang yang mengharapkan bantuan orang lain tanpa membantu diri mereka sendiri. Dari itu, Omar selalu tajam dalam mengritik masyarakat Melayu di Singapura. Dalam masa lapangnya, Omar bergiat dalam sukan lasak, seperti “rock climbing” dan “urban biking”, di mana minatnya mendalam. Selepas tamat pengajiannya, Omar berharap untuk menyertai Pasukan Polis Singapura sebagai Pegawai Kanan. Dia merasakan bahawa tugas yang dikongkong dalam pejabat, bukan untuk dirinya; Omar mahukan kerjaya yang menuntutnya untuk cerdas dan cergas sentiasa, di samping menyumbang kepada masyarakat.





