Farah Nadia Jamalludin
Presiden
+65 98765346
3 Disember 1988
Orang Woodlands
Nadia merupakan mahasiswa tahun kedua di Universiti Kebangsaan Singapura (NUS), dan bidang pengkhususannya adalah di dalam Pengajian Melayu (Malay Studies) dan Kerja Kemasyarakatan (Social Work). Dia juga mempunyai minat dan penguasaan dalam bidang tatabahasa serta bahasa puitis, dan secara senyap-senyap, meminati bidang IT.
Dia percaya bahawa senyum iu sedekah, dan tatasusila itu penting. Nadia gemar dengan kerja sukarela dan menyokong kuat pendermaan organ & darah. Selesai pengajiannya nanti, dia akan sertai bidang perguruan dan berazam untuk ‘membentuk masa depan negara’. Nadia, seorang warganegara Singapura yang mempunyai sifat kerakyatan yang kuat, boleh memainkan lagu kebangsaan negara dengan lima alat muzik. Dia seorang yang periang dan peramah yang suka berangkai-kerja dan bersosial, dan tidak betah bersendirian dan bersenyap.
Dalam mencapai usia 20 tahun, Nadia percaya bahawa setiap pengalaman itu adalah suatu pelajaran yang harus dipelajari, dan seseorang itu tidak seharusnya termangu di takuk lama, tetapi bangkit dari setiap kekhilafan, dengan ketabahan dan kematangan yang lebih utuh. Dia berpegang pada kata pepatah, ‘tak hidup dek puji, tak mati dek keji’. Dia percaya bahawa setiap kerja dan prakarsa yang dilakukannya melambangkan keperibadian dirinya. Oleh itu, setiap hasil kerjanya dilakukan dan dilaksanakan dengan teliti dan terbaik mungkin, dan menjadi kebanggaannya. Dia benci kepada kerja yang separuh jalan, tidak sempurna, dan tampak acuh tidak acuh serta telah diremehkan.
Sebagai seorang pemimpin, dia percaya bahawa ia menjadi tugasnya untuk memajukan persatuan ke aras yang lebih tinggi, di samping berusaha untuk mengembangkan pengaruh persatuan. Di samping itu, dia memastikan bahawa kebajikan ahli-ahli dalam pasukannya itu, terjaga, dan sentiasa akan ada ruang untuk mereka belajar dan meraih pengalaman, mengembangkan dan membangunkan kemahiran dan tukikan mereka serta mengolah dan mempersiapkan mereka dengan memupuk dan mengasa kemahiran dan ciri-ciri kempimpinan yang berkesan, insyaAllah.





