Faqeehah Mohd Harun


Faqeehah Mohd Harun
Pegawai Kewangan Eksekutif
+65 97354547
21 Feb 1988
Orang Woodlands

Anak muda itu tiada mati kerana tergelincir kakinya
Tetapi matinya anak muda itu ialah kerana tergelincir lidahnya.

(Ilham Pujangga)

Jika kebanyakaan orang memegang kepada falsafah tentang kehidupan, saya pula pegang kepada falsafah tatasusila. Bukannya falsafah kehidupan itu tidak penting, malah amat perlu dalam menyemarakkan minat dan mengkobarkan semangat, tetapi dalam menyuarakan akal fikiran dan perasaan kadangkala kita terlupa tentang adab kesantunan yang sebenarnya tersemat dalam darah Melayu kita. Justeru saya berusaha untuk memanifestasikan falsafah ini sebaik yang mungkin; kata orang, saya ini agak pendiam orangnya…

Memang sifat pendiam itu agak ketara dalam diri saya, namun seseorang itu tidak patut berdiam diri sentiasa, kerana tentunya setiap orang itu punyai pendapat. Bagi saya, PBMUKS merupakan satu wadah baik dimana saya dapat mengetengahkan pendapat dan dan menonjolkan bakat terpendam dalam menganjurkan atau memberi idea untuk sesuatu acara, yang tentunya berkaitan dengan pembangunan bahasa, budaya dan keberibadian Melayu kita. Mungkin apa yang membuat saya cenderung dan berminat dalam perkara yang demikian ialah kewajipan sebagai seorang pemudi yang mempunyai sedikit kuasa dalam menentukan masa depan masyarakat kita.

Kadangkala mudah untuk semangat itu mengambil alih fikiran sehingga terlupa akan kesukaran melaksanakan sesuatu acara itu. Berbalik kepada falsafah di atas tadi, saya rasa sifat berhati-hati dalam apa jua perkara, baik dalam perbuatan, perbicaraan mahupun fikiran, harus dititikberatkan selalu. Tidak semestinya berhati-hati itu bermakna menolak kebanyakan idea, yang penting pelaksanaan dan cara fikiran itu haruslah teratur, asalkan tidak melampaui batas dan dicapkan sebagai obsessive-compulsive (sebenarnya ini satu sifat yang masih saya cuba perbaiki dalam diri saya ini).

Akhir kata, sebagai hamba Allah yang penuh dengan kekurangan, perilaku saya tidaklah sempurna, namun akan saya terus pegang kepada falsafah tersebut, insyaAllah ia dapat membantu dalam melaksanakan tanggungjawab saya dalam jawatankuasa PBMUKS.