Adriyanni Amelyus
Ketua Sekretariat Penerbitan
+65 97562745
13 Jul 1988
Orang Pasir Ris
Adriyanni Amelyus dilahirkan pada tanggal 13 Julai 1988. Beliau merupaka siswi Tahun Kedua, jurusan Sains Politik dan Pengajian Melayu di Universiti Nasional Singapura.
Beliau mula bergiat dalam Persatuan Budaya dan Bahasa Melayu sejak di bangku sekolah rendah lagi, khususnya dalam bidang penulisan. Selaku Ketua Bahasa di peringkat menengah dan pra-universiti, beliau telah berkesempatan menerajui projek-projek yang berkonsepkan bahasa dan pada saat yang sama mempunyai peluang untuk menggilap lagi mutu penulisannya. Beliau amat berbesar hati kerana diberi peluang menjawat jawatan Ketua Sekretariat Penerbitan dalam Jawatankuasa 08/09.
Beliau turut merupakan seorang penulis sambilan untuk akhbar Melayu tempatan, Berita Harian sejak tahun 2006.
Pada masa lapang, beliau gemar membeli-belah dan membaca buku-buku bertemakan politik.





