Assalammualaikum Wr Wb.
Alangkah betul kekata ‘Masa itu emas’.
Satu penggal persekolahan telah berlalu. Lelaman ini kini bernyawa, bernafas baru.
Banyak ilmu yang telah dipelajari sepanjang kepimpinan ini kerana mata yang memandang pelbagai isu yang berlaku dalam masyarakat Melayu/ Islam Singapura mahupun dunia. Mahu sahaja sama-sama berat mahu memikulnya tetapi apakan daya, tulang empat kerat memperjuangkan yang sedia ada, adakala menambah erti kehidupan melalui penganjuran acara yang lebih bermakna.
Ke arah masyarakat rabbani, PBMUKS terus bangkit mempergiatkan usaha dalam empat tunggak harapannya iaitu persuratan, penerbitan, kebajikan dan seni.
Akudeta.com semakin berseri dan padat dengan suara mahasiswa kita. Pesta Pantun, Cakap Petah dan Perkampungan Bahasa sebagai saksi sumbangan mahasiswa ke arah melestarikan bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah, menengah dan pos-menengah. Pentas Budaya tampil penuh bergaya melalui tema yang akan diselami ertinya dan Projek bantuan luar negara ke Sumatra bersama Mercy Relief menjadi titik permulaan iltizam yang mengenal erti belas ihsan.
PBMUKS mendoakan yang terbaik buat semua; setiap insan yang bernyawa.
Buang yang keruh, ambil yang jernih pada 2009.
Sama-sama kita nantikan acara-acara PBMUKS yang mewarnai tahun 2010!
Salam.
Yang berharap ucapan dan sumpah setianya terus berpahat di dalam jiwa
Md Azmil Bin Md Alias
Presiden
09/10




