Kem Usahawan Muda

February 1, 2009

Kem Usahawan Muda

1hb Februari 2009, Ahad

Masjid Sultan

Sila lungsuri: http://kemusahawanmuda.blogspot.com/

Kem Usahawan Muda serta objektifnya

Kem Usahawan Muda merupakan sebuah inisiatif yang diharapkan dapat membantu remaja-remaja dari keluarga berpendapatan rendah untuk mempelajari selok-belok keusahawanan. Kem ini juga disasarkan untuk mengumpul dana bagi keluarga-keluarga mereka. Dengan berlandaskan konsep jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya, remaja-remaja ini akan berusaha menubuhkan sebuah perniagaan kecil bagi sebuah bazar di akhir kem ini. Wang yang diraih akan dibahagikan kepada semua peserta dan hadiah-hadiah yang menarik akan diberikan kepada kumpulan-kumpulan yang menunjukkan prestasi yang baik.

Objektif kem ini adalah seperti berikut:

  • untuk menerapkan pandangan keusahawan yang positif di kalangan peserta-peserta di sebalik kegawatan ekonomi
  • memberi satu batu landasan bagi mereka yang mahu menolong diri mereka sendiri
  • menerapkan sikap saling berkongsi dan semangat bekerjasama demi mencapai objektif yang sama
  • untuk mengeratkan silaturrahim dan persaudaraan antara kaum sebangsa dan juga antara para mahasiswa dan remaja melalui interaksi dua-hala dan aktiviti-aktiviti yang menarik
  • untuk memperkenalkan mereka yang ahli dalam bidang keusahawanan dan perniagaan kepada para peserta
  • memberi sekilas pandang dunia realiti kepada para peserta dengan membolehkan mereka mengaplikasikan apa yang telah dipelajari melalui perniagaan mereka

Butir-butir Kem Usahawan Muda

  1. Lokasi:
    Kem ini akan berlangsung di Masjid Sultan yang merupakan penaja lokasi bagi kem ini.
  2. Tarikh bagi kem ini adalah seperti berikut:
    Taklimat Kem Usahawan Muda: 17hb Januari 2009
    Kem Usahawan Muda: 24hb – 25hb Januari 2009
    Bazar Kem Usahawan Muda: 1hb Februari 2009
  3. Para peserta Kem Usahawan Muda:
    Umur: 14-20 tahun
    Latar belakang: Remaja-remaja dari Jamiyah dan Persatuan Ain dan dari keluarga berpendapatan rendah, tidak berkemampuan
    Jumlah para peserta: 40

Bazar Kem Usahawan Muda

Bazar Kem Usahawan Muda akan berlangsung pada 1hb Februari 2009 pada pukul 10 pagi hingga 4 petang. Bazar ini merupakan landasan bagi para peserta Kem Usahawan Muda untuk mengaplikasikan kemahiran-kemahiran keusahawanan yang telah dipelajari semasa kem ini. Dengan dibekalkan modal yang bernilai $100, mereka akan menggunakan wang ini untuk meraihkan keuntungan seberapa boleh sambil memasarkan produk-produk mereka. Dr Fatimah Lateef, Anggota Parlimen bagi GRC Marine Parade, akan merasmikan acara ini dengan penampilan khas oleh DJ radio, Fiza O.

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penaja-penaja kami:
Majlis Ugama Islam Singapura
Lembaga Kenangan Maulud
Yayasan Mendaki
Mendaki Club
Masjid As-Syakirin
Golden Chance
Public Utilities Board (PUB)
Masjid Sultan
SIMCMS
PBMUKS

Kepada para penyokong kami:
KESUMA
Jamiyah
Persatuan Ain

Dan juga kepada para individu yang telah menyumbang dengan ikhlas kepada projek kami.